Negara Islam.

Tanda-tanda sebuah negara Islam adalah majoriti rakyat beragama Islam, pemimpin beragama Islam dan mendirikan solat, urusan keselamatan dan kekuatan dan pertahanan dikuasai pemimpin Islam, azan masih berkumandang, pihak penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin..

Tanda-tanda yang perlu ada pada sesebuah negara Islam diatas dijelaskan oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad, dalilnya diambil dari beberapa hadis sahih. Antaranya, Sabda Rasulullah SAW
Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang wahai Rasulullah? Baginda menjawab, Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu.
— Hadis Riwayat Muslim (6/23)

Dengan penjelasan hadis ini, menurut pandangan Ulama Salaf as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan.
— Al-Manhaj as-Salafi inda Nasruddin al-Albani. Halaman 215. Amru Abdul Mun'im Salim

Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah SAW memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya)

Dalam konteks ini, Nabi Muhammad SAW menyeru agar Bersabar Terhadap Pemimpin dan Penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda:

Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda:
Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat
— Hadis Riwayat Ahmad (5/251)

No comments:

Post a Comment